26 December 2012

Ada hikmah di sebaliknya

..Assalamualaikum..

Halo Halo and Hye adik manis, kakak cantik dan abang kacak !
Terima kasih kerana sudi singgah blog aku yang tak seberapa nie.. Entri agak meroyan sedikit hari nie, al maklum lah baru ditimpa masalah.. Sedih.. Sob sob.. =.=" 

Sebagai makhluk Allah yang bergelar manusia, kita tak pernah lari dari ditimpa masalah.. Sama seperti aku yang tak habis-habis dengan masalah.. Hanya kerana mulut orang.. Kenapa manusia nie sering sahaja saling dengki antara satu sama lain.. Bersyukur la dengan apa yang kita ada.. Sesungguhnya dengki itu satu sifat yang boleh memecah belahkan perpaduan.. Aku sedikit kecil hati dengan sikap orang di sekeliling aku mahu pun mereka yang pernah bergelar sahabat kepadaku.. Di mana letaknya nilai sebuah persahabatan kepada mereka.. ?

Dalam hidup aku pelbagai susah senang telah aku lalui.. Aku sedar bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.. Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan mereka.. Aku sedikit terkilan dengan keadaan yang menimpa diriku.. Sakit hati yang teramat sangat.. Namun, aku tak dapat berbuat apa-apa.. Hanya mampu berdoa semoga kepada mereka yang sering berkata bukan-bukan kepadaku,, berhenti berbuat sedemikian..

Terasa ayat aku agak skema hari nie.. ^_^

Bersama samalah muhasabah diri :D 

..Sekian..
Written by : aein domok

No comments:

Post a Comment

Drop your comments :)